Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mensasarkan untuk menambah lebih 500 buah kedai koperasi (CoopMart) di seluruh negara bagi membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya berkata, setakat ini terdapat 400 CoopMart di seluruh negara digerakkan menerusi pelbagai jenis koperasi yang menawarkan pelbagai harga keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran.